Sabtu, 27 Februari 2010

aku reda dengan takdirku

Untuk kesekian kalinya aku pasrah dengan takdir...
Awal 2010 merupakan tahun yang terlalu banyak cabaran yang terpaksa aku tempuhi walaupun pada hakikatnya aku tidak bersedia itu... nak tak nak aku gagahi jua untuk hadapi dugaan ini.. kau pun tau hidup ini ibarat roda sekejab di atas sekejab dibawah..dari situ tuhan tunjukkan yang mana kawan sejati, yang mana kawan kedai kopi..
hikmah disebalik kejadian ini terlalu banyak hingga apa yang berlaku tidak terlintas difikiranku...kadang2 ianya bagus untuk ku kadang2 ia terlalu perit untuk ku terima..
Sayang... aku menyayangimu lebih dari apa yang aku mampu... aku menyayangimu dalam setiap denyut nadiku ... aku tak tau dimana silap aku sehingga sebegini dalam sayangku padamu... nak kata aku tak melalui semua ..sudah acap kali kali dalam hidupku ttp tidak sepertimu..mungkin tuhan telah menemukan kita dalam situasi begini..mungkin tuhan jua yang memisahkan kita begini cuma dia memberi kita dengan pelbagai cara dan mengambilnya jua dengan pelbagai cara... aku serahkan segalanya kepadaNya.
Kau pun tau.. kau telah banyak berusaha untuk lari dari hidupku...renungla apa yang telah terjadi pada dirimu dan jua diriku..aku tidak menyalahkan sesiapa dalam soal ini.. yakinlah ini adalah ketentuan yang telah diberikan pada kita.
hari2 yang mendatang terlalu perit untuk kujalani.. aku hanya berbekalkan sedikit keimanan yang rapuh untuk kuteruskan hidup ini..aku jua pernah terfikir jika masalah ini dapat diselesaikan dengan ketiadaanku didunia aku sanggup hadapinya... namun aku tau itu bukan jalan penyelesaian yang hakiki...pernah suatu ketika dulu kawanku berkata bila kau dicaci, dihina dan dibenci maka tibalah harimu untuk berjaya yakinlah dengan kuasa tuhan..apa yang penting untuk kita tekad dan berusahalah sbb disana pasti ada kejayaan itu.
Rinduku dan sayangku pada mu tidak pernah berkurangan makin hari dia makin bertambah seiring dengan usiaku.. tidak pernah aku merasakan sebegini dalam hidupku namum apalah dayaku takdir menemukan kita dlam keadaan begini "ditelan mati emak diluah mati bapak". namun aku pasti suatu hari nanti pasti tuhan tunjukkan jalan mana yang harus kita pilih..sama2 kita berdoa agar semua ini berakhir dengan cepat..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan