ini adalah kali kedua aku menerbitkan entri untuk hari ini..aku tak mampu lagi menunggu malam kala cerita ini menjadi basi dan dilupakan..
kalau ditanya akan sesiapa pun, takkan ader sesiapa yang mahu hidup yang derita.takkan ada yang mahu hidupnya sentiasa berendam air mata apatah lagi ditipu hidup-hidup...lihat sahaja di berita suratkhabar mahupun di berita tv, apakah tindakan manusia lakukan tatkala itu semua terjadi pada mereka..pelbagai tindakan yang dilakukan sehinggakan yang kadang tidak terfikir dek akal kita akan terjadi.
manusia sanggup melakukan apa sahaja demi duit.ada yang bagus, sanggup berusaha keras bekerja di jalan yang halal untuk mendapatkannya.ada yang khianat, sanggup menipu orang lain untuk memilikinya. ya Allah.... apakah akal yang tuhan bagi ini adalah untuk menipu wahai sahabat...
sebelum terlanjur untuk melakukannnya, ataupun sudah melakukannya, baliklah ke pangkal jalan.renunglah jalan ke belakangmu betapa ader manusia yang menderita keranamu..betapa ader manusia yang kesakitan kerananamu,betapa ader manusiaak yang kelaparan keranamu,betapa ada manusia yang berantakan rumahtangganya keranamu,betapa ada manusia yang tak mampu memberi duit kepada ibu-bapanya keranamu,betapa ada manusia yang jatuh air matanya keranamu...
ya allah..
hidup ini adalah amat singkat.kita tidak tahu bila kita akan dipanggil untuk kembali kepadaNya.sempurnakanlah hak orang lain kerana Allah akan menyempurnakan hakmu..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan