hari ini adalah hari paling menyedihkan dalam hidup aku..hilang orang yang amat aku sayang.aku tak dapat menerima hakikat yang berlaku hari ini tapi apakan daya, mamusia memang tak mampu lari dari apa yang tuhan dah tentukan untuk kita hambaNya.
Aku merasakan jiwaku kosong.mindaku kosong.langkahku longlai tanpa semangat.tubuhku lesu.apakah yang ada untuk diriku ini.Ya Allah,ujian apakah ini?apa yang kau cuba tunjukkan padaku..
aku tak tahu wahai tuhan.aku sangat menyayangi dia.aku tak tahu macammana perasaan itu wujud, aku tak tahu bila ia wujud, bagaimana ia wujud dan mengapa ia wujud disitu kekal abadi.apa yang aku tahu, aku amat menyayangi dia. sudah terlalu banyak dugaan yang aku terima, terlalu banyak kesusahan yang aku terpaksa tanggung.tapi aku masih tak tahu kenapa SAYANG itu masih wujud.sayang yang semakin kuat dari sehari ke sehari.sayang yang masih abadi sampai ke saat ini.sayang yang tak pernah padam.aku bukan sekadar mengingati dia tapi menyayangi dia.
aku sudah tak tahu apa arah tuju hidupku.aku tak tahu apa mimpiku.hanya tergambar mimpi yang menakutkan yang sama sekali aku tak mahu ia menjadi realiti.
Rabu, 10 Februari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan