dalam hidup, kita selalu menyalahkan persekitaran, orang dan kadang2 kita kadang sanggup menyalahkan tuhan atas apa yang berlaku pada diri kita..
manusia itu sebenarnya adalah secara fizikalnya adalah dilihat pada tubuhnya dan juga perbuatannya..tapi sebenarnya apa yang kita selalu lupa adalah manusia itu sebenarnya adalah dari hatinya..hatinya yang mengawal perlakuan dan nafsunya..hati manusia ini tidak tuhan ciptakan statik tapi selalu berubah-ubah.
jangan kita fikir bila seseorang membenci kita hari ini, kita akan dibenci selamanya..sedangkan cinta suami isteri yang tidur sebantal lagikan boleh berubah..inikan pula orang lain yang tak pernah tidur sebantal dengan kita..kadang2 kita dengan tuhan yang maha adil itu pun kita pernah berprasangka...nauzubillah...
yakinlah apa yang berlaku di masa lalu itu bukan penentu masa depan kita..walaupun benda buruk yang berlaku 2-3 saat yang lalu...usah dikenang lagi..kerana otak kita sebenarnya sudah ada memori itu walaupun tanpa perlu kita kaji balik ataupun kita fikir kat mana kesalahan kita..kerana bila tiba saat kita bertemu semula kejadian yang sama di kemudian hari, otak bawah sedar kita akan secara automatik memberi kita penyelesaian yang akan menghindari peristiwa yang sama berulang...yakinlah..itu akan berlaku.....usah kita membazir masa lagi...cuma apa yang perlu kita fikirkan adalah apa MATLAMAT kita selepas ini...
doalah pada tuhan dan sematkan dalam minda kita, kita akan berbuat baik dan akan mencapai kejayaan..insyaallah kejayaan akan datang pada kita..
aku menulis bukan kerna nama..kerna sifat kasih aku..kasih sesama insan dan menyatakan kasih sayangku....kita sama semuanya sama....apa yang ada hanyalah kehidupan...
marilah kita sama-sama bergerak..jangan lagi kita fikirkan yang negatif...kita akan menggengam kejayaan wahai sayang...kita pasti dapat...
kita akan jadikan apa yang kita impikan itu satu realiti...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan